Terjemahan / Alih Bahasa / Translate

Terjemahan / Alih Bahasa / Translate
Khas untuk pengikut yang tidak fasih Bahasa Melayu

Pengikut

Sabtu, 10 Julai 2010

Sepatutnya buli dibalas buli, bunuh dibalas bunuh


Dera rakan hingga mati: 7 anggota RAMD dipenjara

Tujuh prebet Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menyebabkan kematian rakan mereka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak berkata mahkamah tidak dapat menerima apa sahaja alasan mereka melakukan perbuataan mendera (ragging) menyebabkan kehilangan nyawa seorang pemuda tidak berdosa serta keluarganya hilang orang yang disayangi.

Beliau memerintahkan semua tertuduh itu menjalani hukuman bermula tarikh tangkapan masing-masing. Mahazir Hamad, Mohd Azman Jabri, Mazlan Awang Ngah, semua berusia 26 tahun, Shahrin Mat Rabu, Mohd Khairi Abdullah, Syabramallisi Shahidan, semua beruisa 28 tahun dan Mohd Bukhari Shawal, 25, dan ditahan dalam tempoh seminggu selepas kematian Mohd Shahrizal Mohd Shaffie, 27, pada April 2008.

Pada 22 April 2008, kesemua tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh tetapi mereka mengaku bersalah setelah pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan di Mahkamah Tinggi semalam. Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Bilik Tahanan Pasukan, Unit 1 RAMD, Kem Tentera Sungai Besi, antara jam 11 malam pada 5 April 2008 hingga jam 1 petang 6 April 2008. Mengikut fakta kes, mangsa telah dipukul, tumbuk dan diterajang pada 5 April 2008 kerana didakwa tidak pandai melipat pakaian dan perbuatan sama telah berulang pada keesokan harinya.

Mangsa juga dikatakan dilastik dengan getah pada kemaluannya serta salah seorang daripada tertuduh telah memijak bahagian belakang mangsa dengan kasut pepaku sehingga dia terkencing.

Mereka hanya memberhentikan perbuatan itu setelah ditegur seorang pengawal dan Mohd Shahrizal telah dikejarkan ke hospital HUKM dan disahkan meninggal dunia. Tuduhan pilihan di bawah Seksyen 304(b) membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Untuk rekod, pihak pendakwaan telah memanggil 11 saksi sebelum semua tertuduh ditawarkan dengan tuduhan pilihan. Mohd Sofian menolak alasan peguam yang mewakili tertuduh bahawa perbuatan mereka akibat tidak dapat menyesuaikan diri mereka bersama RAMD walapun mempunyai pengalaman empat hingga enam tahun.

"Pada saya, RAMD mempunyai sejarah yang gemilang dan merupakan rejimen pertama sebelum Perang Dunia Kedua dan seharusnya kamu semua berasa bangga berkhidmat bersama RAMD," tegas Mohd Sofian.

Semua pingat tak bermakna akibat perbuatan membunuh

Hakim tersebut berkata penderaan bukan satu cara untuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh RAMD ataupun jalan keluar daripada pasukan tersebut. "Saya faham sepanjang perkhidmatan kamu, ada yang telah menerima anugerah ataupun pingat kecemerlangan, kini itu semua tidak bermakna lagi akibat tindakan kamu," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
HACKED BY YOUR FUCKING LASER
BANGSAT-BANGSAT MALAYSIA, KALIAN MEMANG
GENERASI YANG BERMASALAH PRESTASI NOL
TAPI KESOMBONGAN LUAR BIASA
ULAH SUPORTER KALIAN YANG MAIN LASER
ADALAH CERMIN DARI SIFAT KALIAN YANG MEMALUKAN
BLOG INI DI HACK OLEH LASER HIJAU KALIAN YANG MENGGANGGU PEMAIN INDONESIA
FUCK YOU UP!!! son of a bitch